Hmmm dah lame ye tak update blog nih...rindu plak rasa..ye lah semenjak 2 menjak nie busy memanjang dengan propgram Latihan 1 Malaysia...
Busy macam mane pun sempat gak mama Hadif and Aneez ni membuat Sosej Roll... projek ni dibuat semalam (20.2.2011~ sempena birthday Aneez yang ke 4 bulan)
Ni resipinya
1 pkt yis
3/4 cup air suam
1/3 cup susu
1 tbs gula
1tsp garam
1tbs shortening
3 cup tpg gandum
1 paket sosej
Caranye senang je
1. Masuk yis, gula, susu, garam ke dalam air suam n kacau sampai larut...pastu masukkan tpg gandum n uli sampai jadi doh (kalau ikut sukatan ni, confirm akan jadi dough)
2. Dah jadi doh, tgg sampai 10 minit untuk bg doh tu kembang cket.
3. Bila dah kembang, doh td ditumbuk-tumbuk untuk membuang angin n uli sekali lagi.
4. Doh itu kemudiannya dibahagikan kepada 20 bahagian dan biarkan selama 2 minit.
5. Uli doh menjadi 30 cm panjang dan letakkan sosej tgh 2 dan simpul macam nak buat tocang tuh...
6. Buat sampai habis 20 adunan tuh...sekejap je...
7. Biarkan selama 30 minit pastu baru bakat dengan api atas bawah dengan suhu 150 degree Celcius...
8. Pastu dah bleh makan dah...letak sos dan mayonis lagi sedap
Enjoy!!!